Blanco Mahu Melamar Selena Gomez Tidak Lama Lagi

Penyanyi Benny Blanco berkongsi hasratnya mahu melamar kekasihnya, Selena Gomez untuk menjadi isterinya. 

Dalam satu temu bual, Blanco merancang akan melamar selebriti terkenal itu dalam masa terdekat. 

“Saya mahu melangsungkan perkahwinan.

“Apabila melihat Gomez, saya sentiasa tertanya-tanya, apakah kebaikan yang telah dilakukan sehinggakan nasib saya menjadi sebaik ini,” katanya.

Menurut Blanco, dia akan segera mempersiapkan diri ketika ditanya sama ada sudah membeli cincin dan membuat persiapan untuk melamar Gomez.

“Saya belum memiliki cincin lagi buat masa ini tetapi sedang berusaha ke arah itu.

“Kita lihat apa yang akan berlaku pada ulang tahun kelahiran Gomez nanti,” katanya.

Difahamkan Blanco akan membuat kejutan dengan melamar Gomez ketika sambutan hari jadinya pada 22 Julai nanti.

Sumber: Kosmo