Pelakon Bella Astillah kini meletakkan diri dalam zon positif agar kehidupannya serta emosi tidak akan terganggu dengan hal rumah tangganya dengan Aliff Aziz.
Menurut Bella, sentiasa berfikiran positif dapat membantu dirinya daripada terus hanyut dengan emosi sedih berkaitan kontroversi yang melanda.
“Sokongan daripada keluarga sangat penting ketika ini.
“Dalam tempoh ini, saya memang akan selalu letak diri dalam keadaan positif sebab boleh bantu cara kita menjalani kehidupan seharian,” katanya.
Tambahnya, terlalu banyak ‘overthinking’ tentang masalah yang berlaku tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang ada namun akan mengundang hal negatif yang lain.
“Pemikiran positif itu bantu dan elak saya daripada rasa ‘moody’ atau sedih.
“Kalau banyak sangat berfikir, benda itu sedikit sebanyak memang akan beri kesan pada kehidupan.
“Jadi, sekarang ini saya banyak bercakap dengan diri sendiri bahawa perlu menerima dan menjalani sakitnya dan barulah kita akan lupa cintanya,” tambahnya.
Sumber: Kosmo