‘Saya Selesa Tinggal Dalam Kereta’ Datuk Red Akui Tidak Mahu Susahkan Orang Lain

Usahawan terkenal, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red akui menolak pelawaan beberapa individu yang menawarkannya tempat tinggal. 

Menurut Datuk Red, dia kini selesa tinggal di dalam kereta buat masa kini walaupun mampu untuk menyewa rumah atau bilik. 

“Ramai yang mesej saya nak tumpangkan dan beri tempat tinggal tapi saya terpaksa tolak.

“Terima kasih banyak-banyak. Bukan tak mahu tetapi malas nak susahkan orang.

“Alhamdulillah saya berkemampuan untuk sewa rumah atau bilik cuma nak biasakan dan mengajar diri untuk selesa tinggal di dalam kereta,” katanya. 

Dalam pada itu, Datuk Red juga sedang dalam proses untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai duda selepas sah bercerai dengan kedua-dua bekas isterinya serta dia meminta agar orang ramai tidak bersimpati dengan dirinya. 

“Semua ini baru sahaja berlaku pada Selasa lalu, dan kini dalam proses membiasakan diri.

“Tiada masalah dan saya selesa tinggal dalam kereta. Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik.

“Saya selesa begini, jangan risau dan tak usah risaukan saya. Terima kasih semua,” jelasnya.

Sumber: Kosmo