Ini Senarai Sekolah Di Selangor Diarah Tutup Akibat COVID-19

Berikutan kemunculan kluster COVID-19, sebanyak 19 buah sekolah di negeri Selangor telah diarah tutup.

ini senarai sekolah di selangor diarah tutup akibat covid-19

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling memaklumkan, senarai 19 buah sekolah menengah (SMK), sekolah rendah (SK), sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang diarah tutup bermula Isnin adalah:

1. SMK Bukit Jelutong

2. SMK Bandar Sri Damansara 2

3. SMK Damansara Jaya

4. SMK Seksyen 7

5. SMK USJ 23

6. SMK Puchong

7. SMK Puchong Utama 1

8. SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara

9. SMK Bandar Puncak Jalil

10. SMK Seksyen 20

11. SMK Puchong Perdana

12. SK Puchong Perdana

13. SK Bandar Baru Sri Damansara 2

14. SK Bukit Kuchai

15. SK Bandar Sri Damansara 3

16. SK Bukit Jelutong

17. SK USJ 20

18. Sekolah Agama Menengah Bestari Subang

19. SJKC Yuk Chai.

 

Menurutnya, penutupan 19 buah sekolah ini adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

"Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.

"Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin," katanya.

 

Sumber: Astro Awani

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN