Semakin Banyak Kawasan Kini Zon Hijau COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 1,680 kes baharu COVID-19 di Malaysia pada 6 Mac 2021, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia kini mencecah 311,777.

semakin banyak kawasan kini zon hijau covid-19

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 826 kes (49.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 737 kes (89.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 221 kes (13.2 peratus) dan Johor sebanyak 139 kes (8.3 peratus).

semakin banyak kawasan kini zon hijau covid-19

Menurut peta pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia, daripada 21 Feb hingga 6 Mac 2021, Langkawi, Padang Terap, Kubang Pasu, Kemaman, Hulu Terengganu, Cameron Highlands, Raub & Kampar di Semenanjung kini kembali ke zon hijau, manakala zon lain berada dalam jingga, kuning dan merah.

semakin banyak kawasan kini zon hijau covid-19

semakin banyak kawasan kini zon hijau covid-19

 
Sumber: KKM