100 Tahun Beroperasi, Coliseum Cafe Kini Ditutup Selamanya

Setelah 100 tahun beroperasi, Coliseum Cafe yang beroperasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur akhirnya menemui penamat apabila ia mengumumkan bakal menamatkan operasi.

100 tahun beroperasi, coliseum cafe kini ditutup selamanya

Restoran bersejarah yang menyajikan masakan gaya barat Hainan dan hidangan era kolonial sejak 1921 itu beroperasi hingga Mac lalu.

Bagaimanapun, cawangan-cawangan Coliseum Cafe yang lain kekal dibuka.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan media tempatan, keputusan tersebut terpaksa diambil berikutan tempoh penyewaan restoran yang terletak di banguan penuh bersejarah itu berakhir.

“Ya, ia ditutup untuk selama-lamanya. Kami sedih kerana kami tidak dapat merayakan ulang tahun ke-100 kami,” kata pengurus pemasaran francais restoran Azrian Azman.

Tambahnya lagi, “Kami tidak dapat bertahan sejak MCO pertama. Kami bergantung pada makan malam dan pengunjung setia yang tidak dapat datang ke kafe kerana bandar ini diletakkan dalam perintah berkurung.”

 

Sumber: [1]