Terengganu Pertimbang Wujudkan Sekolah Keirin Mirip Jepun

Jepun merupakan antara negara di benua Asia yang terawal meraih pingat dalam Sukan Olimpik bagi acara berbasikal trek. Negara itu juga berjaya melahirkan ramai pelumba berbasikal trek hebat, disokong oleh sekitar 50 sekolah keirin di negara tersebut.

terengganu pertimbang wujudkan sekolah keirin mirip jepun

Oleh sebab kewujudan sekolah keirin ini yang mampu melahirkan pelumba berpotensi, lantas modul yang sama akan digunakan Terengganu bagi melahirkan perlumba berbakat dan menjadi pelapis kepada Datuk Azizulhasni Awang.

 

Program khas mirip Jepun itu bakal diperkenal sebaik sahaja Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun siap dibina selewatnya tahun depan.

terengganu pertimbang wujudkan sekolah keirin mirip jepun

"Kami akan tempatkan atlet di sekitar velodrom dan bersekolah juga di situ agar dipersiapkan sebagai pengganti kepada Azizul kelak.

"Kami juga akan terapkan motto 'pantas dan menang'. Ia akan mempercepatkan kematangan dan podium buat atlet.

"Kami dapat berlatih di sini dan memberi fokus kepada berbasikal trek dalam Sukma (Sukan Malaysia) tahun depan.

"Kami juga dapat menjalani latihan spesifik di sini selain menilai kelemahan dan kekuatan atlet," kata ketua jurulatih berbasikal Terengganu, Syed Hussein Syed Mazlan.

 

Terdahulu, Malaysia sudah mempunyai satu trek velodrom iaitu Velodrom Nasional Nilai di Negeri Sembilan, dibina pada Januari 2015 bernilai RM 80 juta.

terengganu pertimbang wujudkan sekolah keirin mirip jepun

Sumber: [1], [2]