Sekolah Di Tutup, Pelajar Tiada Gajah Pula Yang Datang

sekolah di tutup, pelajar tiada gajah pula yang datang

Salah sebuah sekolah di daerah Gerik, SK RPS Kemar telah menerima ‘tetamu’ liar selepas ditutup akibat COVID-19.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang berada di dalam sekolah berkenaan sempat merakam seekor gajah yang masuk ke dalam kawasan sekolah itu untuk mencari makanan. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada hari Selasa lepas apabila seekor gajah dewasa dianggarkan berusia 35 tahun telah masuk ke kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, pencerobohan oleh sekumpulan gajah itu dikatakan telah berlaku semenjak beberapa bulan lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhulitan) Perak, Yusoff Shariff, pihak mereka telah menerima laporan akan pencerobohan di antara empat ke lima ekor gajah dalam kawasan sekolah tersebut.

Sumber: Astro Awani