Perhatian!
Ada satu kemudahan baru yang ditambah pada aplikasi MySejahtera tau!
Sekarang ni kita dah boleh bantu ahli keluarga atau tanggungan untuk jadi penerima vaksin Covid-19.
Tapi buat masa ini kemudahan ni ada untuk pengguna Apple je dulu, Android dan sebagainya akan menyusul, jangan lupa update aplikasi, okay!
Jom kita tolong ibu dan ayah, atuk dan nenek kat kampung yang takde aplikasi MySejahtera untuk daftar sekarang.
Pendaftaran boleh je dibuat di klinik dan hospital berdekatan tapi kalau nak lagi mudah dan tak payah keluar rumah, daftar je dekat MySejahtera.
Setakat ni, pendaftaran untuk warga emas yang bakal jadi penerima vaksin Fasa 2 nanti masih rendah.
Haa tunggu apa lagi, jom jalankan tugas kita sebagai ahli keluarga yang bertanggunggjawab!
Daftar sekarang tauu 😊 #lindungdirilindungsemua
Oleh: Izzati Amir