Kehilangan seseorang atau sesuatu yang kita sayangi pasti membuatkan kita berasa sedih.
Itu yang dirasai pelakon, Fendy Bakry selepas gagal menahan air mata kesedihan apabila kucing kesayangan yang diberi nama Missy mati.
Kesedihan itu dikongsikan Fendy menerusi satu muatnaik di media sosial yang menunjukkan detik terakhir beliau bersama kucing yang dibelanya sejak kecil.
Kucing itu dilaporkan mati akibat pendarahan dalam paru-paru selepas rawatan di klinik.
“Aku tatang dari kecil sejak mula-mula ambil di @kieracatkongdom dan akan sentiasa dapatkan rawatan di klinik.
“Tapi semalam, Missy dah pergi (mati) tinggalkan aku dan isteri disebabkan paru-paru berdarah,” kata pelakon berusia 34 tahun itu.
Ujar Fendy, beliau menganggap kucing itu umpama anak sendiri sehingga membahasakan diri sebagai daddy dan isterinya sebagai mommy.
“Terima kasih nak, hadir dalam hidup daddy dan mommy, berkongsi kebahagiaan dan kasih sayang bersama. Tenanglah di sana. Missy dah tak sakit lagi.
“Kami sayang awak. Daddy simpan sini (video) supaya tak hilang okey,” kata Fendy.
Perkongsian video itu nyata menarik perhatian ramai khasnya pencinta haiwan yang turut bersimpati atas kehilangan kucing ini.
Sumber: Tiktok Fendy Bakry