Scha Elinnea Mangaku Buat Pembedahan Kosmetik, Nak Naikkan Keyakinan Diri

Pelakon Scha Elinnea mengaku dakwaan dirinya membuat pembedahan komestik pada bahagian muka. 

Menurutnya, perubahan ini dibuat untuk meningkatkan keyakinan dirinya untuk beraksi di hadapan kamera. 

“Tidak salah untuk kita buat benda yang buat rasa lebih baik. Sudah semestinya ada (perubahan wajah) tetapi ini tentang diri saya.

“Kalau nak menaikkan keyakinan diri, mengapa tidak. Asalkan tak kacau orang dan bila tengok cermin ‘aku rasa aku cantik hari ini’,” katanya. 

Sumber: Kosmo