Bintang Gegar Vaganza 9, Shila Amzah akui tidak perasan atau nampak bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad di depan pentas menyaksikan konsert minggu kedua, baru-baru ini.
Katanya, dia hanya fokus untuk membuat persembahan agar semuanya berjalan lancar.
“Saya tak nampak dia, tapi adalah ura-ura mengatakan dia akan datang tapi saya okay sahaja.
“Saya yang bertanding bukan dia yang bertanding.
“Dah 10 tahun berlalu, memori dengan dia dah lama hilang, ini bukan memori daun pisang nak diingatkan,” katanya kepada portal SYOK.
Dalam pada itu, Shila menambah Gegar Vaganza adalah perniagaan hiburan yang memerlukan unsur lain-lain agar lebih menarik.
Ia perkara normal dan biasa jika terdapat produksi inginkan sesuatu yang mesra dan manja.
“Saya sekarang sudah dewasa, sejujurnya tidak rasa apa-apa, kalau ketika ini umur saya belasan remaja, mungkin saya akan rasa macam kenapa ekk!
“Apa-apa pun, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana fokus saya hanya satu, ingin membuat persembahan terbaik kepada semua penonton setia Gegar Vaganza,”katanya.
Saksikan Gegar Vaganza 9 setiap hari Ahad jam 9 malam disiarkan secara langsung di Astro Ria, Ria HD dan Astro Go.
Oleh: Syahdeen