Bintang Gegar Vaganza 9, Roy Kapilla menjadi peserta pertama tersingkir di minggu kedua konsert.
Dia menyanyikan lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihati nyanyian asal kumpulan EYE.
Katanya, selepas selesai membuat persembahan, hatinya terdetik akan tersingkir dan tidak menyangka ramalannya tepat.
“Saya akui banyak kesilapan saya lakukan ketika membuat persembahan di minggu kedua.
“Apa komen-komen yang juri berikan terutama Tok Ram adalah benar dan tepat.
“Saya merupakan peserta senior untuk musim ini dan sangat seronok menimba pengalaman menyanyi bersama bintang-bintang GV9 yang lain.
“Namun rezeki saya hanya sekadar di minggu kedua, terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat menjayakan program hebat ini serta memberi peluang kepada saya,” katanya kepada portal SYOK.
Dalam pada itu, Roy juga akan meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian jika mendapat mana-mana undangan atau persembahan.
Ini kerana semangatnya sebagai seorang penyanyi masih lagi menebal dan bersedia dengan apa jua cabaran.
“Alhamdulilah, program GV juga membuatkan ramai anak-anak muda mengenali saya.
“Selama ini mereka tahu lagu saya tetapi tidak mengenali saya dengan lebih mendalam.
“Saya akan teruskan menyanyi dalam mana-mana persembahan atau undangan.
“Ini kerana minat saya kekal sebagai seorang penyanyi dan menghiburkan semua orang,” ujarnya dengan tenang.
Konsert Gegarvaganza berlangsung selama 10 minggu dan disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, Ria HD dan Astro GO.
Ia dihoskan oleh pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Oleh: Syahdeen