‘Saya Pun Pernah Terlajak Solat Tapi Sama-Sama Kita Perbaikilah’ - Mira Filzah

Pelakon terkenal Mira Filzah akui masih dalam fasa menjaga ibadah dengan sempurna terutamanya dari segi solat lima waktu sehari. 

Menurut Mira, dia juga bukanlah insan yang sempurna dan akui pernah  terlambat atau tertinggal solat tetapi dia tetap cuba untuk menjalankan tugas sebagai umat Islam sebaik-baiknya. 

“Saya pun kadang-kadang terlajak, terlambat, tertinggal, terpaksa qada’ (ganti) dan sebagainya.

“Tapi kita sama-sama perbaikilah. Yang penting usaha, buat juga,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.

Dalam pada itu, Mira juga berkongsi pengalaman dalam menjaga ibadah selepas menerima pertanyaan mengenai cara yang dilakukan untuk menjaga solat lima kali sehari. 

“Macam mana ya nak cakap. Bila anda lakukan solat seperti rutin harian, anda akan terbiasa dan rasa pelik atau janggal sekiranya tidak buat.

“Contoh, anda bangun pagi keluar pergi kerja tak gosok gigi, tak boleh kan?” ujarnya.

Sumber: Kosmo