“Saya Minta Jangan Ada Team, Kita Doa Saja Yang Baik-Baik” - Fattah Amin

Pelakon Fattah Amin yang menerima sokongan padu daripada peminat selepas bergelar duda sehingga video siaran langsung dalam aplikasi TikTok mendapat lebih 50,000 tontonan dan lebih 26 juta tanda suka.

 

Namun menurut Fattah, dia berharap agar peminat tidak bersikap berpuak-puak sehingga mewujudkan dua kumpulan yang menunjukkan sokongan antara dirinya dengan Fazura.

 

“Kalau boleh saya minta jangan ada team (kumpulan). Tidak perlu sampai hendak berkumpulan. Kita doakan yang baik-baik saja. Apa yang berlaku itu tidak pernah dijangka. Kita kena reda dan sabar.

 

“Insya-Allah saya dalam keadaan baik. Alhamdulillah. Terima kasih kerana doakan untuk saya. Saya juga mendoakan semoga kalian dimurahkan rezeki. Saya sebenarnya sangat terharu dengan sokongan semua, saya tidak sangka benda-benda yang terjadi ini, saya tidak sangka.

 

“Saya tidak pernah terbayangkan akan mendapat sokongan begitu hebat daripada anda semua. Segala apa yang terjadi itu, alhamdulillah rezeki saya semakin murah dan ini semua atas doa orang ibu ayah saya,” katanya.

 

Sumber: Kosmo