“Bekerja Dalam Industri Yang Sama, Saya Kongsi Semua Rahsia Dengan Ernie” - Syamel

Penyanyi Syamel berkongsi segala perihal hidupnya bersama isteri Ernie Zakri untuk mengelakkan salah faham memandangkan mereka berdua bekerja dalam industri yang sama. 

Menurutnya, dia mahu lebih berjaga-jaga memandangkan banyak kisah rumah tangga melibatkan selebriti terjadi. 

“Kami kena kongsi semuanya sebab kalau tak cakap susah sebab kami dalam industri sama. Risau pula pasangan dengar cerita daripada orang lain.

“Jadi, lebih baik kongsikan semua perkara. Sekarang pula banyak benda berlaku terhadap pasangan selebriti.

“Itu membuatkan kami sentiasa berhati-hati dan menjaga perasaan pasangan dengan lebih baik,” katanya. 

 

Sumber: Kosmo