Trend Kulit Tanned: Cantik Tapi Berisiko Tinggi Kanser Kulit.

Trend memiliki kulit tanned semakin digemari ramai, namun tanpa perlindungan yang sesuai, pendedahan berlebihan kepada sinaran UV boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Menurut kajian oleh American Academy of Dermatology, individu yang terdedah secara berlebihan kepada sinaran UV mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk menghidap melanoma, sejenis kanser kulit yang paling agresif.

Fenomena ketagihan terhadap proses tanning ini dikenali sebagai tanorexia, di mana seseorang menjadi terlalu obses untuk mengekalkan kulit tanned sehingga mereka mengabaikan risiko kesihatan. Ramai tidak menyedari bahawa tabiat berjemur yang berlebihan tanpa perlindungan boleh menyebabkan kerosakan kulit yang kekal dan lebih menakutkan lagi, meningkatkan risiko kanser kulit dalam jangka panjang,” kata Dr. Nazirin Ariffin, seorang pakar dermatologi terkenal yang juga pengasas Klinik Kulit Nazirin.

Sinaran UV, terutamanya sinar UVA dan UVB, mampu menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dan menyebabkan kerosakan pada DNA sel-sel kulit. Kerosakan ini boleh mencetuskan mutasi yang akhirnya mengakibatkan kanser kulit. Walaupun risiko ini lebih besar dalam kalangan mereka yang berkulit cerah dan sering berjemur atau menggunakan katil penyamakan, sesiapa sahaja yang terdedah kepada sinaran UV tanpa perlindungan masih berisiko mengalami kesan yang sama,'' tegas beliau. 

Menurutnya, melanoma bukan satu-satunya bentuk kanser kulit yang boleh berlaku akibat pendedahan UV. Sinaran UV juga boleh menyebabkan dua jenis kanser kulit lain yang lebih kerap iaitu karsinoma sel basal dan karsinoma sel skuamosa. 

Walaupun melanoma lebih membawa prognosis yang lebih buruk dan membawa maut, semua jenis kanser kulit memberi kesan yang serius terhadap kesihatan kulit dalam jangka panjang. Jika seseorang mendapati tahi lalat bertambah besar, bertukar warna, pigmentasi pada tahi lalat berubah menjadi comot, margin tidak teratur (irregular) pada tahi lalat , atau pun terbit ketumbuhan baru  atau tahi lalat baru pada kulit sesudah berumur 20 ke atas, seharusnya berjumpa pakar kulit untuk pemeriksaan‘’ katanya.

Oleh itu, perlindungan dari sinaran matahari bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan. Penggunaan pelindung matahari (sunscreen) yang mengandungi SPF 30 atau lebih tinggi disarankan oleh pakar dermatologi termasuk Dr. Nazirin. 

Pelindung matahari bertindak sebagai perisai pertama terhadap sinaran UV yang merbahaya. Jika anda berpeluh atau berenang, pelindung matahari hendaklah disapu semula setiap dua jam,’’ tambah beliau

Selain penggunaan pelindung matahari, Dr. Nazirin juga menyarankan agar orang ramai memakai pakaian pelindung, topi bertepi lebar, dan kaca mata hitam ketika berada di bawah matahari untuk jangka masa yang panjang. 

Perlindungan tambahan ini akan membantu dalam mengurangkan risiko kerosakan kulit,'' katanya.

Menurutnya, di Malaysia, cuaca panas dan terik sepanjang tahun menyebabkan ramai orang terdedah kepada sinaran matahari hampir setiap hari. Oleh itu, langkah-langkah perlindungan perlu diambil serius untuk melindungi kesihatan kulit. 

Pokoknya, keinginan untuk mendapatkan kulit tanned tidak sepatutnya menyebabkan seseorang mengabaikan kesihatan kulit mereka sendiri. Risiko kanser kulit dan kerosakan jangka panjang adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan.

Dr. Nazirin juga adalah pengasas rangkaian produk penjagaan kulit, 16PERCENT, produk penjagaan kulit yang diformulasikan untuk mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan kulit dan sesuai untuk kulit sensitif.
Selain di Klinik Nazirin, produk itu ujarnya boleh didapati di klinik-klinik terpilih seperti Klinik Mediviron Puncak Alam, Klinik Segara Desa Sri Hartamas, Rasumi MediPharma, Global Doctors Hospital, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Lara Clinic Wangsa Maju & Shah Alam, Sierra Clinic, Klinik Metro Medic, Klinik Family USJ, Klinik Segara, Desa Sri Hartamas, Klinik Medveon, Klinik Keluarga Dr.Dahlia, Bandar Baru Selayang, Klinik Mediviron, Puncak Alam, Rasumi Medipharma, Klinik Alam Medic, Bukit Jelutong, WTC Mediclinic, Careclinic Bungaraya, Klinik De Palma, PHKL, Global Drs, Majestic Medispa dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://16percent.co/