“Pernah Hidup Susah, Setiap Hari Makan Nasi Goreng Ikan Bilis” - Atikah Suhaime

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi tidak menyangka resepi nasi goreng ibunya ketika mereka sekeluarga hidup susah kini menjadi masakan kesukaan keluarga mentuanya.

Menurutnya, menu nasi berlaukkan ikan bilis tanpa daging mahupun ayam itu sentiasa akan mengingatkannya agar tidak lupa diri.

“Nasi goreng ini ada kisah silamnya. Dulu keluarga saya masa susah hari-hari mama Tika (panggilan Atikah) buat nasi goreng tapi tak pakai daginglah, setakat ikan bilis sahaja.

“Kadang-kadang Tika teringin makan masakkan mama, jadi buatlah nasi goreng ala mama Tika masak. Papa mentua Tika terbau nasi goreng itu dia akan minta.

“Tika cakaplah ini masakan orang miskin sahaja, biasa-biasa, pandai makan ke? Sejak hari itu resipi nasi goreng ini sangat popular di rumah mentua,” katanya. 

Walaupun begitu, memori ketika hidupnya susah membuatkan keluarganya trauma sehingga enggan lagi menjamah menu wajib mereka suatu ketika dulu bimbang terkenang kisah silam.

 

Sumber: Awani