Khabar gembira buat kaki travel dan peminat tegar hidangan dalam penerbangan AirAsia!

Santan, jenama makanan dan minuman di bawah Capital A, kini rasmi membuka kedai di Food District, medan selera baharu yang terletak di gateway@klia2.

Kalau selama ini anda hanya boleh menikmati Nasi Lemak Pak Nasser atau Nasi Ayam Uncle Chin ketika terbang, kini anda boleh menikmatinya dengan lebih santai, di darat – tanpa perlu beli tiket kapal terbang!

Dengan suasana yang selesa dan mudah diakses di gateway@klia2, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan ikonik Santan seperti:
๐ Nasi Lemak Pak Nasser
๐ Nasi Ayam Uncle Chin
๐ Kari Hijau Thai
๐ Nasi Padang Rendang Daging
…dan banyak lagi – semuanya pada harga serendah RM14!

Bukan itu sahaja, Santan turut membawa produk popular Ready-to-Eat (RTE) mereka seperti Mi Sup Mala Daging dengan Hirisan Ayam yang menggunakan teknologi pengeringan beku – hanya perlu tambah air panas, dan makanan siap dalam beberapa minit! Sesuai untuk yang sibuk, sentiasa on-the-go, atau nak stocking makanan sedap di rumah.
.
Untuk yang suka pencuci mulut, jangan lupa cuba The OG Burnt Cheesecake yang meleleh di mulut. Dan untuk penggemar kopi dan minuman eksotik – ada The BEST Santan Latte, ZERO Pistachio Latte, dan minuman dari rangkaian Club ZERO yang menyegarkan!
.
Sempena pembukaan ini, Santan ada promosi gempak:
๐ Dengan setiap pembelian Nasi Lemak Pak Nasser (RM14), pelanggan boleh nikmati The BEST Santan Latte pada hanya RM5 sahaja! (Harga asal RM13). Tapi cepat, promosi ini hanya untuk masa yang terhad.
.
Menurut Catherine Goh, CEO Santan, “Tahun 2024 menyaksikan lebih 500,000 unit RTE Santan terjual – ini membuktikan peminat kami bukan sahaja mahu menikmatinya di udara, tapi juga di darat. Pembukaan di Food District ini adalah satu langkah penting dalam misi kami untuk menjadikan makanan Santan mudah dinikmati di mana-mana sahaja.”
.
Sementara itu, Tan Huang Ming, CEO Nomnom Brands Sdn Bhd berkata, “Kami bangga menyambut Santan ke Food District. Hidangan mereka yang dikenali ramai sangat seiring dengan misi kami untuk menyediakan medan selera moden dan berkualiti.”

Kini, Santan bukan sekadar makanan dalam penerbangan. Mereka telah berkembang ke dunia runcit, katering, grab-and-go, dan kerjasama dengan pelbagai jenama besar — menjadikan jenama ini semakin dekat dengan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan.
๐ Jadi, kalau anda singgah ke gateway@klia2, jangan lepaskan peluang rasa ‘inflight food’ kegemaran ramai — kali ini, tanpa perlu terbang!