Jika anda seorang pencinta makanan yang gemar mencuba tempat baharu, ini mungkin destinasi seterusnya untuk anda kunjungi. Terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan makanan di The Greens, TTDI, restoran Wagyu by La Moon menjanjikan satu pengalaman gastronomi Jepun premium dengan suasana tempatan yang selesa.

Apa yang menjadikan tempat ini begitu istimewa? Wagyu by La Moon merupakan restoran pertama milik Zenrich Wagyu, pembekal utama daging Wagyu Jepun halal di Malaysia. Malah, Zenrich baru sahaja mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan ASEAN Records bagi jumlah import tahunan terbesar Wagyu Jepun iaitu sebanyak 192,000 kilogram, bersamaan kira-kira 600 ekor lembu!

.
Suasana Mesra, Hidangan Bertaraf Dunia
Wagyu by La Moon menampilkan konsep 'kopitiam mewah' yang membawa sentuhan Jepun klasik ke dalam suasana santai dan mesra. Sama ada anda datang bersama keluarga untuk berkongsi hotpot, atau bersama rakan sekerja menikmati yakiniku selepas waktu bekerja, restoran ini direka untuk semua golongan.
Restoran ini menyajikan Wagyu A5 Miyazaki Jepun yang diiktiraf halal, di bawah pimpinan Chef Saburou Niitsu, seorang chef Jepun berpengalaman lebih 35 tahun dalam bidang kulinari. Hidangan beliau diinspirasikan oleh cinta terhadap makanan tradisional Jepun, diolah khas untuk selera tempatan.

Antara menu yang ditawarkan termasuk:
- Yakiniku berasaskan arang untuk rasa yang lebih asli
- Shabu-shabu dengan hirisan wagyu nipis yang dimasak dalam sup sukiyaki
- Pelbagai pakej menu bermula dari RM199
.
Waktu Operasi Hingga 1 Pagi, Destinasi Wajib Untuk Foodie Malam!
Wagyu by La Moon dibuka sehingga jam 1 pagi, menjadikannya tempat ideal untuk menikmati makan malam lewat bersama rakan-rakan atau pasangan. Dengan ruang makan yang selesa dan layanan mesra dari staf terlatih, setiap kunjungan di sini terasa istimewa dan penuh kenangan.
.
Satu Simbol Hubungan Malaysia–Jepun Melalui Makanan
Menurut Pengarah Zenrich Wagyu, Liven Chong, restoran ini bukan sekadar tempat makan, tetapi lambang hubungan erat antara dua budaya menerusi hidangan yang berkualiti tinggi. Sempena persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026, kehadiran restoran seperti Wagyu by La Moon menambah warna dalam peta kulinari ibu kota.
📍 Wagyu by La Moon
Lokasi: The Greens, Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
Harga: Pakej bermula dari RM199
Waktu operasi: Setiap hari hingga 1 pagi
Wagyu by La Moon pasti dapat membawa rasa asli Jepun terus ke meja makan anda, dalam suasana tempatan yang penuh gaya dan selesa. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri pengalaman unik ini!