“Saya Sudah Beri Notis Untuk Farid Keluar Rumah” - Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle akui meminta suaminya Farid Kamil untuk menghormati permintaannya untuk berpindah  dari kediaman memandangkan mereka bakal bercerai.

 

“Kami tidak bercakap menerusi telefon semalam. Saya sudah beri notis dalam WhatsApp untuk dia (Farid) pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui proses perceraian.

 

“Saya tidak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku. Saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati,” katanya menerusi perkongsian dalam InstaStory.

 

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Diana susulan dakwaan Farid yang berkata mereka masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.

 

Malah, Farid menyifatkan kemelut rumah tangga ini sekadar  perselisihan faham kecil. 

 

Sumber: Kosmo