“Saya Dalam Usaha Hafal Surah Al-Mulk, Jom Kita Hafal Sama-Sama” - Nora Danish

Pelakon Nora Danish dipuji selepas mengambil inisiatif mengajak pengikutnya dalam media sosial untuk sama-sama menghafal surah al-Mulk.

Walaupun masih dalam proses belajar, Nora akui kini sedang berusaha menghafal surah tersebut biarpun hanya baru berjaya mengingati lima baris ayat.

“Hai assalamualaikum semua, Nora sekarang sebenarnya dalam percubaan untuk menghafal surah al-Mulk.

“Saya harap dengan perkongsian video ini, membuka ramai hati orang di luar sana untuk sama-sama menghafal surah ini dengan saya.

“Saya baru sahaja hafal ayat 1 hingga 5, jom kita lumba nak sama-sama menghafal. Jom dengar saya membaca, tolong semakkan,” katanya. 

Rata-rata peminat memuji usaha Nora itu selain disifatkan sebagai inisiatif murni mengajak orang ramai turut sama berbuat pahala.

 

Sumber: Kosmo