Jep Tampil ‘Berbeza’ Lepas Makan Bubur Cili, Sari Yanti Minta Pulangkan Legging Belang

Selepas momen Jep Sepahtu disuap bubur oleh primadona Erra Fazira dalam program Sepahtu Reunion 2022, dan bersambung pula momen disuap bubur cili padi oleh isterinya di rumah, kali ini lain pula kisahnya.

 

Hari ini, 19 Oktober 2022, Jep tampil dengan pakaian mengikut karakternya sendiri untuk program Pagi Di Sinar bersama Angah, Elizad, Rahim dan tetamu jemputannya Ramona Zam Zam.

 

Jep yang tampil dengan jaket kulit hitam berserta legging belang telah mencuri perhatian ramai sehinggakan ada yang bertanya adakah ia legging milik isterinya, Sari Yanti.

jep tampil ‘berbeza’ lepas makan bubur cili, sari yanti minta pulangkan legging belang

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

 

Tidak lama selepas itu, Sari Yanti dalam satu hantaran di Instagram memuatnaik foto dengan corak belang hitam-putih yang sama dengan seluar dipakai Jep, berserta kapsyen ‘Pulangkan’.

jep tampil ‘berbeza’ lepas makan bubur cili, sari yanti minta pulangkan legging belang

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

 

Warganet rata-ratanya terhibur menyaksikan hantaran itu dengan pelbagai komen berbeza.

jep tampil ‘berbeza’ lepas makan bubur cili, sari yanti minta pulangkan legging belang

jep tampil ‘berbeza’ lepas makan bubur cili, sari yanti minta pulangkan legging belang

Sumber: Instagram Sari Yanti & SINAR