Sarah Yasmine Lebih Suka Malaysia, Banyak Pilihan Makanan

Pernah kecoh sebelum ini, Sarah Yasmine sekali lagi tular di media sosial selepas lebih memilih Malaysia  berbanding Singapura kerana mempunyai kepelbagaian makanan.

Bukan itu sahaja, Sarah juga berpendapat Malaysia mempunyai banyak lokasi menarik untuk diterokai berbanding Singapura.

“Buat masa sekarang, saya memilih Malaysia kerana saiznya besar serta banyak lokasi menyeronokkan yang boleh diterokai,” katanya dalam sebuah video hari ini.

Hal ini tular menerusi sebuah video TikTok selepas diajukan soalan ‘do you prefer Malaysia or Singapore’ (anda memilih Malaysia atau Singapura) oleh pemilik akaun @hafiythedude.

Sarah juga berpendapat makanan di Malaysia lebih menarik berbanding di Singapura.

“Makanan Singapura atau Malaysia yang lebih baik?” soal Hafiy.

“Malaysia,” jawab Sarah ringkas.

Sumber: Kosmo