Sebelum ini anak kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana dikhabarkan telah dijangkiti Covid-19 pada hari jadinya. Che Ta juga ada berjanji dengannya yang dia akan menyambut hari jadi anaknya secara besar-besaran selepas anaknya itu sihat.

Selepas Aaisyah sembuh daripada virus Covid-19, Che Ta dan suaminya telah menunaikan janji mereka dengan meraikan sambutan hari jadi Aaisyah dengan penuh meriah.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Che Ta, mereka telah menyambut hari jadi Aaisyah dengan lapan buah kek yang terdiri dengan design yang berbeza dan sangat cantik!
‘Lapan tahun, lapan kek’ tulis kapsyennya.
Sambutan hari jadi itu dilaksanakan di sebuah restoran mewah dan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Sumber: Instagram