Safawi Rashid Dan Syifa Melvin Sah Bergelar Pasangan Suami Isteri

Selepas berteka-teki, akhirnya pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid dan adik kepada pelakon terkenal, Syifa Melvin, selamat menjadi pasangan suami dan isteri semalam. 

safawi rasid dan syifa melvin sah bergelar pasangan suami isteri

Syifa Melvin sah menjadi isteri kepada Safawi Rashid pada pukul 8.46 malam dengan sekali lafaz sahaja. 

Kedua mempelai dilihat cantik sedondon mengenakan pakaian berwarna krim di dalam majlis pernikahan mereka yang dijalankan di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak.

Sumber: Instagram @syifamelvin