“Tak Salah Mereka Tak Kenal Dolla, Itu Akan Membuatkan Kami Untuk Kerja Lebih Keras” - Sabronzo

Akhirnya, kumpulan terkenal Dolla menjawab isu berkenaan kenyataan kumpulan baharu SMDX yang mengatakan tidak mengenali mereka. 

Menurut salah seorang ahli Dolla Sabronzo, hal ini sebenarnya tidak perlu dibesarkan kerana Dolla sendiri adalah kumpulan baharu yang belum mencapai seluruh rakyat Malaysia. 

Tambahnya lagi, SMDX juga masih baru dalam industri dan mereka seharusnya diberi peluang untuk belajar tentang industri hiburan tempatan.

“Tak salah kalau ada yang tak kenal Dolla. Itu akan membuatkan kami akan berusaha keras untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan kandungan untuk peminat.

“Pada kami, tiada masalah kerana mereka juga masih baharu dalam industri ini. Harap pada masa depan dia akan dapat belajar. Semoga berjaya pada masa depan,” katanya. 

Sumber: Kosmo