Enggan Ulas Soal Bilik Tak Sesuai Untuk Anak-Anak Masuk, Rumah Tangga Farid-Diana Ada Sinar Berdamai

Konflik rumah tangga pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle seperti menemui sinar untuk berdamai selepas mereka selesai hadir di mahkamah syariah, hari ini.

enggan ulas soal bilik tak sesuai untuk anak-anak masuk, rumah tangga farid-diana ada sinar berdamai

Menurut Farid, kes hari ini berjalan dengan lancar dan ada sinar untuk mereka suami isteri kembali berdamai.

 

“Syukur ke hadrat Illahi kerana hari ini dapat juga saya bertemu dengan isteri saya walaupun hanya lihat dari jauh.

“Apa yang boleh saya katakan hari ini, saya dan kaunselor saya sendiri berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya.

“Saya dalam proses untuk memikirkan jalan terbaik bagi mencapai pendamaian, yang mana pendamaian yang saya maksudkan itu adalah pendamaian untuk kembali bersama dengan isteri saya dan memberi anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali,” demikian menurut Farid ketika ditemubual wartawan.

 

 

Dalam pada itu, Farid berkata beliau juga akan bertemu dengan anak perempuannya, Aurora tidak lama lagi.

 

Farid juga enggan mengulas lanjut tentang bilik yang dikatakan tidak sesuai untuk kanak kanak masuk seperti yang ditulis Diana Danielle di Instagram Story beberapa hari yang lepas.

 

Dalam pada lain, Diana Danielle meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga. Disamping itu, apabila ditanya tentang keadaan Aurora, Diana mahu menjaga privasi anak keduanya itu dengan tidak berkongsi tentang keadaannya dengan lebih terperinci.

 

 

Sumber: HLive