Jumlah Rumah Tidak Didiami Makin Meningkat Di Malaysia

Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan sebanyak 1.9 juta daripada 9.6 juta kediaman di seluruh negara kini tidak berpenghuni.

jumlah rumah tidak didiami makin meningkat di malaysia

Jumlah itu dilihat semakin meningkat sebanyak 700,000 kediaman, berbanding 1.2 juta kediaman tidak berpenghuni pada 2010.

.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, angka itu diperoleh daripada Banci Malaysia 2020.

.

Katanya, di Pahang sahaja terdapat 86,495 rumah yang kosong iaitu 18 peratus daripada keseluruhan tempat kediaman 458,972.

jumlah rumah tidak didiami makin meningkat di malaysia

Manakala di Melaka pula merekodkan hampir 30 peratus kediaman tidak berpenghuni yang mungkin berpunca daripada kediaman baharu namun tidak didiami sepenuhnya atau dijadikan rumah singgah.

.

Menurut beliau lagi, kediaman tidak didiami itu sebenarnya boleh membantu masyarakat yang belum memiliki rumah.

.

Dalam perkembangan lain, Bancian Malaysia 2020 telah merekodkan penduduk negara ini berjumlah 32.4 juta orang dengan 17 juta adalah golongan lelaki manakala 15.5 juta pula wanita.

.

Sumber: [1]