Pelakon, Ruhainies meminta orang ramai khasnya pengamal media untuk berhati-hati dalam menulis tajuk atau isi dalam kandungan supaya tidak menimbulkan spekulasi buruk terhadapnya.
Menurut pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, beliau meminta agar media tidak melakukan provokasi yang boleh mengeruhkan keadaan, misalnya mendakwa beliau ‘ditangkap basah’.
" Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan. Ia nya sama sekali "bukan tangkap basah".
“Sehingga kini saya masih belum berikan apa apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ianya tidak tepat.
“Saya mohon supaya media tidak menulis apa apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri.
“Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati hati dan lebih bertanggungjawab,” tulis beliau.
Pada Sabtu, media melaporkan Aliff sebagai selebriti berstatus suami orang dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat dan bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Tangkapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) difahamkan berdasarkan maklumat orang awam.
Sumber: Instagram