“30 Minit, Bukan 3 Jam,” Ruhainies Kata Aliff Aziz Hanya Kawan, Dah Kenal Lama

Pelakon, Ruhainies menafikan beberapa dakwaan yang tular mengenai penangkapan dirinya berkhalwat bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, pada Sabtu lalu.

“30 minit, bukan 3 jam,” ruhainies kata aliff aziz hanya kawan, dah kenal lama

Menurut pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, antaranya adalah seperti pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang menunggu hingga tiga jam sebelum Aliff membuka pintu sebaliknya hanya 30 minit.

 

"30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.

"Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai," katanya.

 

Tambah Ruhainies lagi, beliau dan Aliff hanyalah kawan dan mereka sudah berkenalan lama sejak 10 tahun yang lalu.

“30 minit, bukan 3 jam,” ruhainies kata aliff aziz hanya kawan, dah kenal lama

"Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

"Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat.

"Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti," kata beliau.

 

Ruhainies dalam pada itu berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kontroversi itu apabila tiba masanya nanti.

 

Sumber: HMetro