Nama Dipetik Isu Perceraian Fattah Dan Fazura, Rosyam Nor Ambil Tindakan Saman Fitnah

Namanya dipetik kerana didakwan menunggang isu perceraian Fattah Amin dan Nur Fazura, pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor akui akan membawa hal ini ke mahkamah. 

 

Rosyam membuat laporan terhadap beberapa pengendali fanpage yang menggunakan tajuk kononnya dia pernah menasihati Fattah berhubung sikap Fazura.  

 

“Saya dan peguam saya sudah membuat laporan polis berkenaan perkara yang tersebar dalam media sosial iaitu kenyataan fitnah dan mengaibkan saya tentang perceraian Fattah dan Fazura.

 

“Banyak nama dalam senarai. Jadi tunggulah saya seret ke mahkamah. Buat fitnah dan aibkan orang,” katanya. 

 

Rosyam membuat laporan di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dengan ditemani peguamnya, Aizul Rohan, petang semalam.

 

Sumber: Kosmo