Bekas Suami Fail Cerai Ketika Rossa Sedang Adakan Konsert Di Kuala Lumpur

Sudah hampir 15 tahun berpisah akhirnya penyanyi Rossa berkongsi mengenai perceraiannya dengan pemain dram Padi, Yoyo satu ketika dahulu.

Menurutnya, sebelum ini dia dimaklumkan bakal diceraikan ketika sedang menjayakan sebuah konsert di Kuala Lumpur. 

“Sewaktu disolek peguam datang dan memberitahu aduan perceraian sudah sampai ke mahkamah,” katanya.

Rossa juga akui konsert itu menjadi lebih sayu ketika dia sedang menyampaikan lagu Hati Yang Kau Sakiti sambil menangis.

Kisah rumah tangganya dengan Yoyo atau Surendro Prasety itu dikongsikan pada sesi temu bual bersama Denny Sumargo.

Dalam pada itu, Rossa turut berkongsi bahawa dia yang Yoyo sudah setahun tinggal berasingan sebelum perceraian difailkan.

Walaupun begitu, hubungan mereka kini sudah baik demi untuk membesarkan anak tunggal mereka Rizky Langit Ramadan. 

Sumber: Kosmo