RM150 Kredit E-Wallet Buat Belia Dan Pelajar Sepenuh Masa

Berita baik buat dua juta belia masa warganegara Malaysia serta pelajar IPT sepenuh kerana mulai 1 Jun 2021, anda layak untuk menerima RM150 kredit e-Wallet menerusi Program eBelia.

 

Program eBelia merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada sekitar dua juta belia warganegara Malaysia, bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

 

Menurut satu kenyataan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, eBelia akan ditawarkan melalui empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch 'n Go eWallet, yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif, dan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.

rm150 kredit e-wallet buat belia dan pelajar sepenuh masa

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini, yang akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen.

 

Antara syarat-syarat untuk kempen eBelia ini adalah seperti yang berikut:

  1. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada tahun 2001 hingga 2003);
  2. Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

 

Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021. Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-rnasing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

 

Untuk rnaklumat lanjut, sila layari: http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/ebelia

 

 

Sumber: MOF Malaysia