Ditinggalkan Sejak Bayi, Reza Rahadian Tidak Terfikir Mahu Cari Bapa Kandung

Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian berkongsi kisah hidupnya mengenai bapa kandungnya yang mungkin ramai tidak mengetahui hal ini. 

Menurutnya, dia dibesarkan oleh ibu selepas bapanya meninggalkan mereka berdua tanpa khabar berita sewaktu dia berusia enam bulan. 

ditinggalkan sejak bayi, reza rahadian tidak terfikir mahu cari bapa kandung

Bapa Reza dimaklumkan bapanya berada di Iran.Namun oleh kerana sudah 36 tahun tidak pernah berjumpa bapanya, dia tidak pernah terfikir untuk mencari keberadaan lelaki tersebut.

“Saya tidak mempunyai sebarang kenangan dengan bapa kerana ditinggalkan saat terlalu kecil, enam bulan.

“Jadi jujurnya saya tidak tahu bagaimana rasa kehilangan kerana saya tidak juga tahu rasa memilikinya. Dan saya juga tidak pernah mencari bapa saya sehingga sekarang.

"Terakhir saya tahu dia berada di Iran, kampung halamannya,” kata Reza. 

Sumber: Awani