Restoran Untuk Peminat Makanan Super Pedas!

Sememangnya rakyat Malaysia sukakan makanan pedas. Hampir setiap makanan mesti kena ada bahan pedas, biar pun sampai berpeluh peluh dan kebas rasa lidah. Kepada peminat makanan ekstra pedas, jom tengok list tempat tempat yang best untuk korang kunjungi!


1. RESTORAN SAMBAL HIJAU SUNGAI PENCHALA

restoran untuk peminat makanan super pedas!
Sambal hijau menjadi penyeri bagi lauk-pauk melayu tradisional lain yang ditawarkan kepada pengunjung. Lauk yang paling ‘famous’ dekat sini ialah Tempoyak Ikan Patin. Kepedasannya memang terangkat!

Alamat : 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 7.30 am - 2.00 am


2. RESTORAN RASO OMAK DEN

restoran untuk peminat makanan super pedas!

Kalau nak merasa lauk masak lemak ‘style’ Negeri Sembilan dating ke Melawati! Antara lauk yang paling laris dekat sini ialah Daging Salai Masak Lemak, Sambal Tempoyak Daun Kayu, dan Ayam Kampung Masak Lemak. Lauk dekat sini memang pedas-pedas belaka, dan cukup menyelerakan.

Alamat :318, Lorong Selangor, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Sabtu - Khamis : 8.00 am -  6.00 pm , Ditutup setiap Jumaat.

3. RESTORAN AYAM GEPUK PAK GEMBUS

restoran untuk peminat makanan super pedas!

Peminat makanan pedas pasti tak senang duduk bila tonton video viral tentang restoran ini. Restoran ini cukup terkenal dengan cara penyediaan sambal tumbuknya yang dibuat dengan jumlah cili yang sangat banyak.

Alamat :108-134,Jalan Gombak,53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 11.00am - 10.00 pm


4. SALT & PEPPER (Burger Neraka)

restoran untuk peminat makanan super pedas!
Kalau anda rasa tak puas dengan kepedasan Spicy Chicken McDeluxe, apa kata cabar deria rasa anda dengan Explosive Inner Core Burger dekat sini. Dibuat dengan menggunakan 5 jenis cili terpedas di dunia antaranya bhut jolokia, carolina reaper, seven pot prima dan big black mama.
Cili padi tak mainlah! Bila rasa sendiri barulah anda tahu kenapa burger ini diberi gelaran burger neraka!

Alamat : 46, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu Operasi : 3.00 pm 11.30 pm

5. TEMPAT MAKAN LESEHAN

restoran untuk peminat makanan super pedas!
Kalau nak tahu, lesehan bermaksud bersila. Jadi bila sampai ke sini, buka kasut dan  silakan duduk di atas lantai bagi menikmati kepedasan dekat sini. Ada 22 jenis sambal untuk anda cuba. antara menu popular dekat sini ialah nasi bergaduh iaitu nasi dengan ayam atau daging penyet yang dihidangkan dengan tiga jenis sambal.

Alamat : 46, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi : 12.00 pm -  11.00 pm

6. RESTORAN KOTAK

restoran untuk peminat makanan super pedas!
Kebanyakkan restoran makanan pedas mesti berkonsepkan Indonesia cuisine. Restoran ini kelihatan lebih moden dan berunsurkan indonesia. Mi Sedaap dekat sini cukup popular kerana kepedasannya yang tak terkata. Nasi Ayam Geprek juga mesti dicuba oleh pelanggan yang sukakan ekstra pedas.  

Alamat :  7, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu : 7.30am - 12.00am 
Ahad : 7.30 am - 10.00 pm

Oleh: Khalie Azmi