‘‘Tengok Mat Kilau Macam Dengar Ceramah’’, Ini Respon Syamsul Yusof

Filem yang mendapat kutipan mencecah hampir RM100 juta, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, kini sudah mula ditayangkan di platform penstriman, Netflix sejak 16 September lalu.

‘‘tengok mat kilau macam dengar ceramah’’, ini respon syamsul yusof

Namun sejak ia ditayangkan di platform terbabit, ramai yang tampil bersuara mengkritik filem berkenaan sehinggakan ada yang menyamakan ia bagaikan mendengar ceramah.

 

Rata-rata penonton yang dikatakan baru pertama kali menonton filem itu juga seakan-akan tidak berpuas hati dengan kualiti filem berkenaan, sehinggakan mendapat perhatian pengarahnya, Syamsul Yusof.

 

Menurut Syamsul, kritikan daripada penonton itu adalah perkara biasa dan mengambilnya sebagai satu cara untuk memperbaiki kualiti filem yang akan dihasilkan kelak.

‘‘tengok mat kilau macam dengar ceramah’’, ini respon syamsul yusof

Bagaimanapun Syamsul bersyukur kerana majoriti yang menonton filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan suka dan memuji filem berkenaan.

 

"Ada suka, puji melambung, hina pun ada. Jadi, tenang-tenanglah.

"Apa pun alhamdulilah. Saya dah lama buat filem dah 'masak'. Filem ni biasalah. Apa yang penting majoriti penonton suka, saya bersyukur. Lepas tu sebagai pengkarya filem jangan mudah puas hati. Terus perbaiki dan baiki perlahan-lahan.

"Apabila ditayangkan di Netflix, alhamdulillah, respons pun sangat baik, luar biasa juga. Saya setiap hari menerima DM, mesej daripada peminat di serata dunia. Ada dari Jerman, Madinah (Aarab Saudi), Australia, Amerika Syarikat, cakap tahniah dan pasukan Mat Kilau," katanya.

‘‘tengok mat kilau macam dengar ceramah’’, ini respon syamsul yusof

Sejak filem itu mula ditayangkan di Netflix, netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan kualiti filem berkenaan. Antara yang dikritik adalah kualiti sinematografi babak aksi yang dikatakan kucar kacir. Ada yang yang berpandangan skrip dalam filem itu kurang menarik dan kedengaran seperti ‘ceramah’.

‘‘tengok mat kilau macam dengar ceramah’’, ini respon syamsul yusof

‘‘tengok mat kilau macam dengar ceramah’’, ini respon syamsul yusof

Sumber: HMetro