Didakwa Pindah Menetap Terus Di Sweden, Ini Respon Sharifah Sakinah

Timbul cakap-cakap ramai bahawa pelakon popular, Sharifah Sakinah kini sudah berhijrah dan menetap terus di Sweden bersama suaminya, Michael Hansen.

didakwa pindah menetap terus di sweden, ini respon sharifah sakinah

Bagaimanapun menurut Sakinah, 33, beliau tidak pernah membuat kenyataan seperti itu dan hanya berulang-alik ke Sweden bagi bertemu suaminya.

 

Ujarnya, memang tidak dinafikan kehidupan di Sweden membuatkannya berasa tenang, namun beliau masih menetap di Malaysia dan hanya berulang-alik bagi bertemu suaminya disana.

 

Kata Sakinah lagi, beliau akan terus berulang-alik ke Sweden dari Malaysia sehinggalah anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Tambahnya, meskipun penat untuk berulang-alik, pengorbanan ini perlu dilakukan demi kepentingan keluarga dan anak-anak.

 

“Pada awalnya kami lakukan dalam tempoh empat bulan tetapi lama-kelamaan menjadi dua minggu kerana anak sudah mula bertanya bila saya akan pulang ke Malaysia.

“Beginilah kehidupan kami, tidak tahu sampai bila sebab semuanya kerana pentingkan anak-anak.

“Mungkin sehingga anak-anak sudah besar dan masuk ke universiti kemudian barulah boleh duduk di bawah satu bumbung,” katanya lagi.

Terdahulu, Sakinah membuat kejutan sudah bernikah dengan Michael namun enggan mendedahkan secara terperinci kerana faktor peribadi dan isu agama. Beliau juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha Jamil pada 2015 namun bercerai pada Julai 2020. Hasil perkahwinan itu, Sakinah dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

 

Sumber: Kosmo!