Ini Respon Penyanyi Casablanca Lepas Dikritik Pertama Kali Nyanyi Live

Jika anda menggunakan aplikasi Tiktok, pasti anda cukup familiar dengan lagu berjudul Casablanca yang sering menjadi pilihan ramai untuk video #fyp.

 

Lagu tersebut telah dinyanyikan oleh Nuha Bahrin bersama rakan duetnya, Naufal Azrin. Kedua-dua mereka telah dijemput ke program MeleTop baru-baru ini untuk mempersembahkan secara live lagu yang menjadi trending itu.

Bagaimanapun, persembahan Nuha dan Naufal yang pertama kali dibuat secara langsung telah mendapat kritikan dan kecaman ramai kerana dikatakan ‘teruk’ serta jauh berbeza daripada rakaman asal.

ini respon penyanyi casablanca lepas dikritik pertama kali nyanyi live

Pemilik nama sebenar Nuha Sakina Saiful Bahrin, 22, berkata sebaliknya dia enggan melatah dengan kritikan yang diberi dan menerima semua komen secara positif.

.

Menurutnya lagi, banyak yang perlu dipelajarinya dalam bidang nyanyian dan turut meminta maaf kepada mereka yang kecewa dengan persembahan itu.

.

Malah sebelum ini Nuha pernah menjadi tular selepas mendapat kecaman teruk ketika muncul dalam satu program realiti, menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir, nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.

.

Dalam masa sama, Nuha turut meluahkan rasa syukur kerana lagu Casablanca mencipta fenomena tersendiri dengan menduduki tangga teratas carta Spotify  Viral  50 Global dan Spotify  Viral  50  Indonesia.

.

Sumber: [1]