Dikecam Kerana Mahu Calon Suami Beriman Tapi Penampilan Seksi, Ini Respon Nadia Brian

Pelakon, Nadia Brian pernah memberitahu beliau mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga lagi, dengan mengimpikan pasangan yang mampu membimbing dan mempunyai pengetahuan agama yang kukuh.

dikecam kerana mahu calon suami beriman tapi penampilan seksi, ini respon nadia brian

Baca: Dah Tiga Tahun Single, Nadia Brian Mahu Calon Suami Kuat Pengetahuan Agama

 

Bagaimanapun hasratnya itu mendapat kecaman warganet kerana dikatakan tidak seiring dengan penampilannya yang agak seksi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

 

Meskipun begitu, pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, itu berkata, tiada salahnya untuk dia tampil dengan suara hati seperti itu kerana ia bukan satu kesalahan atau melampaui batas.

 

Ujarnya, sudah menjadi kemestian bagi wanita untuk mencari imam yang boleh membimbing agar mendapat redha dari Allah SWT.

dah tiga tahun single, nadia brian mahu calon suami kuat pengetahuan agama

“Saya disua soalan tentang ciri-ciri bakal suami yang dicari, jadi saya beri kenyataan inginkan lelaki beragama, tetapi mungkin dalam penulisan, ada penambahan perkataan sehingga mengundang kecaman ramai.

“Sebagai wanita, mestilah kita nak lelaki yang mampu membimbing selain boleh mengharungi susah senang bersama.

“Namun saya akui, untuk berubah sebenarnya bergantung pada diri sendiri,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, beliau berharap orang ramai tidak menjadikan kenyataannya itu sebagai satu bahan sindiran, sebaliknya mendoakan yang baik-baik sahaja.

dikecam kerana mahu calon suami beriman tapi penampilan seksi, ini respon nadia brian

“Saya tahu ramai kata saya tak sesuai dengan orang alim sebab pakaian, cuma apa yang boleh saya kata doa yang baik-baik, lagipun penampilan saya tidaklah keterlaluan.

“Jika kalian rasa keterlaluan, saya minta maaf, saya masih menjaga batas, tidak menganggu sesiapa dan tahu menjaga diri dan saya berniat nak berubah menjadi lebih baik,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Nadia kini muncul dalam sebuah drama aksi bersiri berjudul B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit, yang akan ditayangkan di Astro Ria bermula 24 Ogos 2023, jam 11.00 malam.

 

Sumber: Kosmo!