Ini Respon Ayda Jebat Tentang Gosip Penceraian Adiknya Bersama Zainal Abidin

Sejak kelmarin, tular gosip mengenai penceraian penyanyi, Fyna Jebat bersama bekas jurulatih bola sepak terkenal iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan.

fyna jebat dan zainal abidin dah cerai? komen anak perempuan curi perhatian

Kisah itu menjadi tular selepas anak perempuan Zainal iaitu Zahira Aisyah tampil memberikan komen di media sosial mengenai status perkahwinan bapanya bersama Fyna.

fyna jebat dan zainal abidin dah cerai? komen anak perempuan curi perhatian

Baca: Fyna Jebat dan Zainal Abidin Dah Cerai? Komen Anak Perempuan Curi Perhatian

 

Kakak kepada Fyna Jebat iaitu Ayda Jebat bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dan juga masuk campur dalam isu rumah tangga mereka.

 

"Jangan tanya saya. Tanya tuan badan. Penat nak menjawab. Asal kes mereka saja, saya yang dicari," katanya.

ini respon ayda jebat tentang gosip penceraian adiknya bersama zainal abidin

Terdahulu, anak Zainal tampil memberikan komen sedemikian selepas sebuah portal hiburan berkongsi semula kisah Fyna dan madunya itu dilihat duduk semeja dan dikatakan telahpun berdamai.

 

Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang pengesahan dibuat oleh kedua-dua pihak sama ada daripada Fyna mahupun Zainal sendiri.

 

Sumber: HMetro