Resipi Makanan Paling Banyak Di Google Oleh Rakyat Malaysia Sepanjang Tahun 2020

resipi makanan paling banyak di google oleh rakyat malaysia sepanjang tahun 2020

Rakyat Malaysia membuktikan bahawa kita memang suka makan. Ini terbukti apabila carian resipi merupakan paling tinggi di dunia di Google untuk tahun 2020.

Resipi Dalgona Coffee pula merupakan resipi yang terbanyak dicari untuk tahun ini. Memang tak terkejutlah sebab minuman ini menjadi viral dan boleh dikatakan semua orang mencubanya.

Resipi lain yang menjadi antara carian yang banyak ialah kek viral, Biscoff Cheesecake dan Tornado Cake.

Selain itu, resipi Youtiao, Kuih Cek Mek Molek, Apam Balik, Taufufa dan Burnt Cheesecake juga tersenarai dalam 10 resipi yang dicari oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun 2020.

Sumber: Rancak TV

 

 

ARTIKEL BERKAITAN