Remy Ishak Tamatkan Zaman Bujang, Selamat Bergelar Suami Kepada Ezza Yusof

Pelakon tanah air, Remy Ishak, 39 selamat bernikah bersama pilihan hatinya Ezza Yusof, 38, sebentar tadi di Masjid Negara Kuala Lumpur.

remy ishak tamatkan zaman bujang, selamat bergelar suami kepada ezza yusof

Majlis tersebut diadakan dalam keadaan yang serba patuh SOP mengikut prosedur yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), dan dihadiri hanya dihadiri wali kepada pengantin perempuan, iaitu Rozman Yusof, selain pasangan mempelai itu sendiri.

Sebagai mas kahwin, Ezza atau nama sebenarnya, menerima sebentuk cincin daripada pihak pengantin lelaki.

Kongsi Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran atas berjalan lancarnya sesi pernikahan tersebut.

“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri, mohon mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua.”