Tiada Sembunyi Dari Isteri, Remy Ishak Dedah Pernah Dapat Mesej Tak Senonoh

Pelakon, Remy Ishak mendedahkan meskipun kini sudah menjadi suami, dia juga tidak terlepas daripada menerima mesej berbaur godaan daripada individu tidak dikenali.

tiada sembunyi dari isteri, remy ishak dedah pernah dapat mesej tak senonoh

Menurut pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak, 41, beliau tidak menyembunyikan hal itu malah menceritakan segalanya kepada isteri, Ezza Yusof.

 

“Ada je saya terima mesej.. saya tunjuk dengan isteri. Apa yang lebih pelik, kadang-kadang yang hantar tu menggunakan nombor luar negara, nombor yang saya tak kenal,” ujar Remy.

tiada sembunyi dari isteri, remy ishak dedah pernah dapat mesej tak senonoh

Tambah Remy lagi, kejujuran dalam berumahtangga adalah perkara penting untuk mengelakkan daripada timbul masalah di masa akan datang.

 

“Dalam berumah tangga, apa yang penting adalah kejujuran dan ketulusan. Sebab kalaulah ada apa-apa yang berlaku pada masa akan datang, isteri tahu saya macam mana. Kalau tak kongsi, banyak benda sembunyi, akan timbul masalah nanti,” katanya lagi.

 

Kredit: Gempak