Terima Mas Kahwin Sedulang Emas, Reen Rahim & Ahmad Nur Hazim Kini Sah Suami Isteri

Pelakon jelita, Reen Rahim semalam sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di dalam majlis pernikahan mereka di Boraombak Marina dengan sekali lafaz pada jam 9.05 malam. 

terima mas kahwin sedulang emas, reen rahim & ahmad nur hazim kini sah suami isteri

Difahamkan, pihak lelaki telah memberi lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh oleh pengantin perempuan. Reen juga telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.

Pasangan mempelai ini akan diraikan dalam majlis resepsi di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras di sini, malam esok.

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 400 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

 

Sumber: Berita Harian