Dah Lama Pasang Niat Nak Bertudung, Tapi Reen Rahim Risau Tak Istiqamah

Pelakon, Reen Rahim mengakui sudah lama memasang niat untuk memakai tudung, namun enggan tergesa-gesa kerana bimbang tidak kuat untuk terus istiqamah.

dah lama pasang niat nak bertudung, tapi reen rahim risau tak istiqamah

Aktres berusia 35 tahun terlebih dahulu dilihat memuatnaik video dirinya tampil berhijab dan mencuri perhatian ramai khasnya para peminat.

 

Bagaimanapun menurut pemilik nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, beliau memakai tudung dalam video itu adalah bagi memenuhi penggambaran sebuah produk yang ingin mengambilnya sebagai duta.

 

 

“Ada syarikat yang minta saya untuk menjadi ‘wajah’ untuk produk mereka, namun menyuruh saya memakai hijab.

“Pada mulanya mereka macam takut-takut untuk minta (berhijab), mungkin bimbang saya kecil hati, (tetapi) lepas mereka cakap, mereka terkejut dengan keterbukaan saya menerima cadangan itu.

“Jadi jika ada tawaran sebegitu, pastinya saya akan terima, mana tahu ini adalah antara asbab untuk saya terus menjadi manusia yang lebih baik dan tertutup auratnya,” jelasnya kepada Kosmo!.

 

Dalam pada itu, beliau mengakui sudah lama berniat untuk tampil berhijab, sambil berdoa agar diberikan pengakhiran yang baik suatu hari nanti.

dah lama pasang niat nak bertudung, tapi reen rahim risau tak istiqamah

“Dekat hati kita mesti kita ada niat nak jadi baik. Sekarang rasa (untuk berhijab) itu tidak konsisten dalam hati, saya tak mahu jika nanti tudung saya makin lama makin pendek dan akhirnya buka terus.

“Tapi jauh dalam sudut hati saya, saya berdoa suatu hari nanti Allah beri pengakhiran yang baik selain terus menjadikan hati saya dekat dengan Maha Pencipta,” katanya.

 

Sumber: Kosmo! Online