Rayuan BKM2022 Akan Berakhir 2 Jun, Ini Cara Mohon

Buat mereka yang tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 pada Januari lalu, anda kini masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan permohonan.

.

Rayuan permohonan itu adalah bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak lulus pada bantuan sebelum ini dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan bantuan tersebut.

.

BKM sebelum ini telahpun dikreditkan kepada akaun orang ramai pada 28 Mac lalu yang mempunyai akaun bank. Sebanyak RM100 hingga RM300 telah dibayar pada Fasa 1 pertama ini mengikut kepada kelayakan individu seperti ditetapkan.

rayuan bkm2022 akan berakhir 2 jun, ini cara mohon

Diingatkan bahawa tempoh rayuan permohonan BKM yang dibuka sejak 2 Mei lalu akan berakhir pada 2 Jun ini.

.

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah;

  • Pemohon berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
  • Pemohon berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan untuk tambahan anak, perubahan pendapatan dan perubahan status perkahwinan sahaja.

.

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat pada tarikh berikut;

  • Dalam talian : 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.
  • Secara manual di kaunter : 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.

*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

.

Cara membuat permohonan rayuan pula adalah seperti yang berikut:

a) Buat permohonan secara online di;

  • Portal Rasmi BKM LHDNM : https://bkm.hasil.gov.my
  • Log masuk menggunakan ID dan password
  • Pilih Permohonan Rayuan
  • Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian ini hanya boleh dibuat bagi pemohon yan berstatus tidak lulus tertentu sahaja.

.

b) Serahkan Borang Rayuan BKM 2022 ke;

  1. Cawangan LHDNM
  2. Pejabat Satelit (PS)
  3. Pusat Khidmat Hasil (PKH)
  4. Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan.

rayuan bkm2022 akan berakhir 2 jun, ini cara mohon

Semak laman bkm.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.

 

Sumber: [1], [2]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN