Rasa Bahagia Lepas Sebulan Kahwin, Raysha Rizrose Tak Sabar Nak Ada Anak

Pelakon, Raysha Rizrose mengakui kehidupannya sudah banyak berubah selepas mendirikan rumah tangga bersama Nabil Al-Jefri pada 23 Februari lalu.

rasa bahagia lepas sebulan kahwin, raysha rizrose tak sabar nak ada anak

Menurut pemilik nama sebenar Farza Naquraisha Mohd Fariz, 27, beliau kini masih dalam fasa membiasakan diri dengan kehidupan sebagai seorang isteri dan masih banyak yang perlu dipelajari olehnya.

 

Malah, beliau juga bersyukur dengan kehidupan sekarang dan berasa amat bahagia dengannya.

 

"Alhamdulillah saya masih membiasakan diri sebagai isteri, masih banyak tanggungjawab yang perlu saya belajar memandangkan masih baru berkahwin.

"Apatah lagi apabila ada pasangan di rumah, tapi saya syukur dengan kehidupan sekarang dan kadang-kadang saya terfikir adakah ini maksudnya bahagia," katanya.

rasa bahagia lepas sebulan kahwin, raysha rizrose tak sabar nak ada anak

Ditanya soal cahaya mata, Raysha berkata beliau juga tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri namun meletakkan perkara itu kepada rezeki dari Allah SWT.

 

"Tentang perancangan anak, saya memang tak sabar nak ada cahaya mata tapi buat masa sekarang kami tiada perancangan sekiranya ada rezeki saya terima," katanya lagi.

 

Pada 22 Februari 2023, Raysha selamat diijabkabulkan dengan Nabil dengan sekali lafaz dan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, bersaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, pada majlis tertutup di sebuah hotel.

 

Sumber: mstar