"Raya Bounce" – Lagu Raya Paling Hype Tahun 2025!

Tahun ni, sambutan Raya jadi lebih meriah dengan lagu baru "Raya Bounce" daripada Isaac Voo! Kalau korang suka vibe K-Pop tapi tetap nak feel Raya, lagu ni memang wajib masuk playlist. Lagi best, Lucky Nerds pun join sekali, menjadikan lagu ni lebih fresh dengan gabungan muzik moden dan elemen tradisional.

raya bounce – lagu raya paling hype tahun 2025!

MV "Raya Bounce", hasil kerja WebTVAsia dan Prodigee Asia Talent, memang lain daripada yang lain. Bukan je ada tarian power yang mix K-Pop dengan Zapin, tapi ada juga pelakon legenda Herman Tino yang bawa watak "pakcik tegas tapi kelakar" dalam cerita MV ni. Paling tak sangka, ada adegan Isaac kena cabar main Pickleball pulak! Memang lain macam vibe Raya tahun ni.

 

MV Raya Paling Happening & Penuh Warna-warni!


Apa yang buat MV ni special? Selain ada pempengaruh terkenal dari pelbagai bangsa, video ni tunjuk pelbagai cara rakyat Malaysia sambut Raya – ada yang balik kampung, ada yang stay di bandar, dan ada yang kena kerja. Tapi tak kisah di mana pun, semangat Raya tetap sama – happy, penuh kasih sayang dan saling menghargai.

Menurut Suzana Sukaimi, penerbit muzik video ni, "Raya ni tentang kegembiraan dan kebersamaan. Tak kira kat mana atau dengan siapa pun kita sambut, yang penting kita raikan dengan penuh semangat."

raya bounce – lagu raya paling hype tahun 2025!

 

Jom Join #RayaBounceChallenge!


MV ni bukan setakat lagu Raya biasa, tapi juga satu trend baru yang bakal viral! Dengan #RayaBounceChallenge, korang boleh tunjuk kreativiti dengan gerak tari sendiri atau buat video transisi yang cool. Confirm naik dekat TikTok dan Instagram Reels!

 

@isaacvkm1212 Cikgu nak ambil attendance dah!!!! Siapa sudah tengok MV ni???? 🔥🔥🔥💙 #IsaacVkm #邬凯名 #아이젝 #젝톡 #fyp #RayaBounce #RayaBounceChallenge #TIKTOKLIVE11PM ♬ original sound - Isaac Vkm

 

@annamarmalade Isaac Voo & Lucky Nerds dengan penuh bangga mempersembahkan Raya Bounce. Letsssgoooo! YouTube WebTVAsia NOWW! Isaac Voo aka Oppa Malaysia pertama kalinya Isaac mengajak para peminatnya turut serta memeriahkan MV ini! Jangan lupa join #RayaBounceChallenge & tunjukkan gaya Raya paling slayyyyy 😊 #RayaBounce #IsaacVooftLuckyNerds #RayaBounceChallenge #PickleballRaya #RayaUntukSemua ♬ เพราะใจ (Pre Hook) - วรรธนา วีรยวรรธน

 

Isaac Voo pun excited dengan projek ni, "Saya nak orang ramai enjoy, menari, dan sambut Raya dengan lebih fun. Walaupun tak dapat balik kampung, kita tetap boleh beraya dengan vibe yang best!"

 

Dengar, Tonton & Sertai Keseronokan Raya Bounce!

Lagu "Raya Bounce" sekarang dah ada di semua platform streaming, dan muzik video rasmi boleh ditonton di YouTube WebTVAsia. Jangan lupa join #RayaBounceChallenge, pakai Baju Melayu atau Baju Kurung, dan tunjukkan gaya Raya paling onz korang!