Baju Dihias Syiling Lima Sen, Ratu Cantik Malaysia Cipta Rekod Negara

Olivia Nicholas yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik Mrs World 2022 telahpun melakar namanya dalam Malaysia Book of Records.

baju dihias syiling lima sen, ratu cantik malaysia cipta rekod negara

Beliau yang juga seorang peguam telah dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World 2022 pada Oktober mencipta rekod negara apabila mengenakan busana kebangsaan yang dihiasi dengan syiling lima sen terbanyak iaitu 10,000 keping.

baju dihias syiling lima sen, ratu cantik malaysia cipta rekod negara

Busana unik yang menggabungkan elemen tradisional Sabah dan Sarawak ini akan dipakai beliau pada pertandingan Mrs World 2022 pada 17 Disember nanti.

 

 

Beliau muncul sebagai Ratu Destar Siga pada satu majlis yang turut disaksikan oleh wakil daripada Malaysia Book of Records baru-baru ini.

 

Pada syiling lima sen turut terukir motif kain ‘Destar Siga’ iaitu kain tenunan bentuk asli yang berasal daripada masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dan turut digunakan sebagai hiasan pada kepala semasa upacara tradisional.

 

Olivia akan bersaing dengan wakil daripada lebih 60 negara untuk merebut mahkota Mrs World 2022 di Las Vegas bermula 10 sehingga 17 Disember ini.

 

Sumber: Astro AWANI